Selamat Datang ke Laman Web SK Ngah Ibrahim, Matang.

Terima kasih kerana sudi menjenguk ke sini.

Lawatan Kerja Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran

Pada hari Jumaat, 24 Februari 2012 Sekolah Kebangsaan Ngah Ibrahim telah menerima kunjungan Pegawai Khas Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Encik Shashim Shah Bin Harun. 

Dalam lawatan kerja ini beliau turut memberi suntikan motivasi kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR tahun ini. Semua murid Tahun 6 kelihatan begitu berminat dan teruja mengikuti sesi motivasi tersebut. 

Semoga suntikan awal ini dapat membakar semangat semua calon UPSR 2012 untuk melakar kecemerlangan mengatasi tahun sebelumnya. Semua murid dan guru sekolah ini mengucapkan jutaan terima kasih dan amat menghargai lawatan ini.

Program BAFASA sesi 2012

Persedian Pasukan Bola Baling

Penyertaan Permainan MSSD LMS Zon Simpang

Sekolah akan menyertai permainan-permainan berikut pada tahun 2012. Kepada semua jurulatih pasukan sekolah diminta membuat persediaan awal.
  • Badminton
  • Sepak Takraw
  • Balapan dan Padang
  • Bola Baling
  • Catur

Semoga 2012 memberi sinar kepada sekolah kita!

Warna-Warni 2012

2012 disambut dengan ceria di SKNI...Apa tidaknya beberapa kejayaan yang diraih pada tahun 2011 amat membanggakan warga SKNI.  Keputusan UPSR yang memberangsangkan, pencapaian kokurikulum yang semakin baik dan kedatangan guru-guru baru yang begitu bersemangat.

Baru-baru ini pula SKNI tersenarai antara sekolah-sekolah di negeri Perak yang telah berjaya diverifikasi bagi Tawaran Baru Guru Besar bagi 2011. Semua warga telah bertungkus-lumus menyediakan yang terbaik untuk membantu Guru Besar.   Semoga rezeki akan berpihak kepada sekolah ini.

Tahun 2012 diharap akan menambah sinar kepada sekolah ini dan seluruh warganya, insyaallah.  

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More